Kelas Bakeri PKK KEMAS 2018

17 Ogos 2018 | Aktiviti Terkini

Kelas Bakeri PKK KEMAS merupakan kelas anjuran Pihak KEMAS yang dilangsungkan di Pusat Internet Taman Sepakat Jaya untuk penduduk di sekitar Pusat Internet Taman Sepakat Jaya. Kelas tersebut telah berlangsung pada 16 Ogos 2018 bersamaan hari rabu dan telah dibimbing oleh Tenaga Pengajar dari KEMAS iaitu Cikgu Salmiah. Cikgu Salmiah telah mengajar para peserta dari segala aspek sehinggalah siapnya kek tersebut.

Kelas ini berlangsung di Pusat Internet Taman Sepakat Jaya selama 3 jam bermula dari pukul 10 pagi sehingga 1 petang. Para peserta yang mengikuti kelas tersebut hendaklah membayar RM5 setiap bulan. Kelas tersebut akan diadakan 2 kali setiap bulan. Resepi dipilih sendiri oleh para peserta.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali